Kursus Tahap Satu (Siri 1)


Bandar Sg. Buaya - Kursus Asas Tahap 1 telah diadakan di Sekolah Menengah Bandar Sg.Buaya dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa. Kursus yang julung-kali diadakan di Hulu Selangor pada 6 dan 7 November 2010 ini adalah terbuka kepada orang awam dan ini adalah titik permulaan kepada aktiviti bersama yang dilakukan diantara Gerakan Selempang Merah dengan Pertubuhan Ahli Bersekutu.
Program ini telah dikendalikan sendiri oleh Ayahanda Paduka Pimpinan Utama Gerakan Selempang Merah, Tuan Hj. Wan Mohd. Tahir b. Hj. Wan Ibrahim dan dibantu oleh Timbalan Penolong Setiausaha Agong Gerakan Selempang Merah, Ustaz Bahzan. Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah membuka mata dan minda peserta tentang konsep seni tempur dan kaedah mempelajarinya.

Ada diantara peserta yang memang tidak pernah bertempur, apatah lagi menggunakan senjata telah berjaya dibentuk sehingga mampu dan berani untuk menggunakan tongkat dan parang. Menurut Ustaz Bahzan yang juga Timbalan Presiden Kelab Belia Sentosa, 'Program sebegini akan terus diadakan oleh BEST untuk membangunkan jatidiri didalam diri belia. Ianya adalah asas kepada pembentukan jatidiri, dimana diakhir program ini peserta mampu meningkatkan keyakinan diri dan berasa lebih yakin dalam tindakan yang dilakukan'.

Majlis Penutup dan Penyerahan sijil telah dilakukan oleh Presiden Gerakan Selempang Merah sendiri dan turut dihadiri oleh Presiden Kelab Belia Sentosa(BEST).

Gambar-gambar program :

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen dengan sopan dan beradab. Terima kasih.
- Bahasa menunjukkan bangsa -