Perhimpunan Perdana Gerakan Selempang Merah Malaysia


Putrajaya - Majlis Perhimpunan Perdana Gerakan Selempang Merah Malaysia, telah diadakan pada hari ini dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Besar Sek. Keb. Precint 16(2). Majlis ini dimulakan dengan sambutan penuh adat diiringi muzik gamelan, menyambut ketibaan tetamu jemputan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Ahmad bin Hj.Maslan. Turut hadir didalam majlis yang dihadiri lebih dari 1500 orang ahli Gerakan Selempang Merah ini adalah anak kepada Kiyai Panglima Salleh, Tuan Hj. Mohd Yusof bin Hj. Kiyai Panglima Salleh, Guru Waris Gerakan Selempang Merah (Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia).

Perjumpaan dengan Guru Waris


Kuala Lumpur - Bertempat di Hotel Legend pada disember lalu, satu perjumpaan tidak rasmi telah dilakukan oleh Majlis Guru dengan Guru Waris Gerakan Selempang Merah Malaysia iaitu anak kepada Kiyai Panglima Salleh, Tuan Haji Mohd Yusof bin Haji Kiyai Panglima Salleh.

Kursus Tahap Satu (Siri 1)


Bandar Sg. Buaya - Kursus Asas Tahap 1 telah diadakan di Sekolah Menengah Bandar Sg.Buaya dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa. Kursus yang julung-kali diadakan di Hulu Selangor pada 6 dan 7 November 2010 ini adalah terbuka kepada orang awam dan ini adalah titik permulaan kepada aktiviti bersama yang dilakukan diantara Gerakan Selempang Merah dengan Pertubuhan Ahli Bersekutu.