Perjumpaan dengan Guru Waris


Kuala Lumpur - Bertempat di Hotel Legend pada disember lalu, satu perjumpaan tidak rasmi telah dilakukan oleh Majlis Guru dengan Guru Waris Gerakan Selempang Merah Malaysia iaitu anak kepada Kiyai Panglima Salleh, Tuan Haji Mohd Yusof bin Haji Kiyai Panglima Salleh.
Di Majlis yang sama Tuan Haji Mohd Yusof bin Haji Kiyai Panglima Salleh turut memberi amanat mengingatkan ahli agar mengamalkan amalan selempang merah dengan penuh tanggungjawab, agar ianya sebati dengan diri dan mampu menghindarkan diri dari perbuatan yang tidak elok serta menjadi lebih terpuji, namun jika ada yang menyalah-gunakan amalan selempang merah untuk tujuan yang tidak baik maka ianya akan memberi kesan sebaliknya.

Oleh itu Unit Penerangan ingin turut sama mengingatkan kepada semua adik beradik selempang merah agar sentiasa menjaga diri dan memperbaiki diri dengan amalan baik samaada dari segi rohani dan jasmani.

Gambar-gambar perjumpaan :

2 ulasan:

Gerakan selendang merah berkata...

Assalammualaikum dan Salam seperjuangan dari Kami gerakan selendang merah pulau pinang susur galur allahyarham tn guru hj bakri sg manik


0194934301
Khalifah perang utama
Tok janggut

Unknown berkata...

asalamualaikum kalau boleh gerakan selempang merah dapat masuk ke sekolah2 kebangsaan sebagai salah satu aktiviti kokurilum kn bagus

Catat Ulasan

Sila komen dengan sopan dan beradab. Terima kasih.
- Bahasa menunjukkan bangsa -